Thursday, November 4, 2010

1 + 1 = 3 ??

Selalunya orang akan cakap, kalau dah kahwin, memang xsah kalau "badan tak naik"...
Namun begitu, fikiran masyarakat kita menyatakan istilah "badan naik" itu kerana selepas kahwin, makan minum suami dijaga dengan baik...
Errr...(ye ke??)

Para pengkaji mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks.

Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan Bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri.

Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir
sebelum penceraian berlaku.

Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah,kurang mood dan selalu tertekan, huhuhu




Ada lagi..

Ramai lelaki yang mengeluh dengan masalahperut buncit ini...

Tidak hanya dialami lelaki gemuk, keluhan ini juga dapat terjadi pada lelaki berpostur kurus, terutama yang memiliki hobi makan yang tidak sihat. Biasanya terjadi saat lelaki memasuki usia berumur dengan beban kerja yang tidak menentu masa.

Umumnya, perut buncit itu terjadi karena polar permakanan yang tidak teratur. Permakanan sihat antara lain adalah cereal atau buah-buahan, serat sangat baik untuk kesihatan.

Polar permakanan sihat juga harus diimbangkan dengan olahraga yang teratur.

Friday, October 29, 2010

Yeay!!!

new refresh looks for my blog....

ngeh3x

Tuesday, August 4, 2009

Doa Pelindung Dari Penyakit Berjangkit

Doa untuk semua. mudah2an kita terhindar dari penyakit berjangkit yang menular ketika ini...Amiin

Vacancy in IBM : IT Helpdesk Speacialist

Requirements :

1) Must have IT qualification (Diploma or Degree)
2) Must have at least 1 and a half years of working experience in desktop support as helpdesk.
3) Must have very good knowledge in Win XP, 2000, Ms Office, e-mail, and basic networking.
4) Must be fluent in English

Working Hours:
24 x 7 rotational shift

Work Location:
IBM RCC Cyberjaya

p/s: contact me if interested

Tuesday, April 28, 2009

Fakta menarik mengenai KENTUT

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?

Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12.. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?

Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?

Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada... konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?

Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?

Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.